Assalamu'alaykum...
Setelah sekian lamanya aku tak menjengah laman sesawang untuk mengupdate blog kan.. Ecece.. Yelah, ade benda yang sedang disibukkan.. Tak sangka lagi berapa hari je nak Ramadan.. So guys I wanna share something about this..:)
Allah memuliakan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain dan memilihnya sebagai bulan permulaan turunnya Qur'an.. 2:185.
SYAITAN DIBELENGGU
Yelah, pada bulan Ramadan ni lah salah satunya bulan syaitan dibelenggu. Belenggu? It means syaitan ditegah dari menyakiti n mengganggu orang-orang yang beriman.
Habis tu nape maksiat still wujud lagi pada bulan Ramadan ni?
Korang tahu kan, selain syaitan, manusia gak ade sifat2 syaitonirrajim ni.. Tu maknanya hati dia rosak, titik hitam dah menutupi hati dia, hinggakan pada bulan Ramadan pun dia masih lagi sanggup melakukan maksiat sedang Muslimin yang lain sibuk berlumba mencari pahala..
Kenapa bulan Ramadan orang berlumba-lumba nak buat kebaikan? Kenapa bulan lain kurang yang bersedekah macam bulan Ramadan? Korang perasan tak, ada certain2 ibadat yang Allah ceritakan ganjaran yang kita dapat kalau kita buat.. contoh macam ni..
Infaq: 1 = 700x ganda
2:261 >> Perumpamaan infaq yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Solat jemaah: 1 = 27x ganda
“Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Membaca al-Qur'an: 1huruf = 10 kebaikan
Baca Qur'an Gagap2: 2 pahala
Rasul bersabda: Orang yang membaca Quran dlm keadaan fasih menyebutnya, Allah kurniakannya bersama dengan malaikat yang penuh kemuliaan, barangsiapa yang membaca Qur'an dlm keadaan gagap (kerana susah menyebutnya) baginya 2 pahala.
See? Semua tu Allah beritahu berapa ganjaran dia nak bagi.. Tapi amazing superb, bila bulan Ramadan Allah berikan kita pahala bila kita buat kebaikan, UNLIMITED!
39:10>> ... Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka TANPA BATAS.
Tapi perlu diingatkan, amalan yang kita lakukan bagi mengejar pahala tersebut hendaklah mengikut petunjuk sunnah Nabi s.a.w dan berpandukan dalil.. Yeah, dalil Qur'an dan hadith yang sahih.. Tapi amat menyedihkan bila ada segelintir umat yang berkata begini...
Aku nak tanya, adakah orang Wahabi sahaja yang berpegang pada hadith Sahih? That's funneyh.. Agaknya masa dia belajar kat pondok dulu, dia tak jumpa kot hadith yang berbunyi begini:
'Barangsiapa yang berdusta keatas namaku dengan sengaja, ia menempah tiket ke dalam neraka' - Riwayat Muslim.
Mana kita nak tahu hadith tu sanad dia lemah and boleh digunakan untuk melakukan amalan? Kalau terkena hadith tu palsu pula? Jika dah jumpa yang sahih, apa perlu kita pegang dengan yang lemah??
Jadi dalam keghairahan kita menyambut Ramadan, pastikan amalan yang dilakukan tu betul dengan berpandukan dalil, dan tidak melulu memperbanyakkan amalan hingga terkeluar dari batasan syarak. Kerana baginda s.a.w berpesan:
'Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan merupakan perintah Kami, maka amalannya itu tertolak.' -Sahih Muslim
Tak pasal-pasal kita dah buat banyak keje, n keje yang tak pernah disuruh pun buat, last2 semua kena reject. Is that worthable? Jadi besederhanalah dalam mengamalkan yang SUNNAH, itu lebih baik dari bersungguh-sungguh melakukan BID'AH. Berbalik pada amalan-amalan pada bulan puasa..
2. BERSAHUR
Kita sering abaikan sahur, alasan? mengantuk, tak lalu, dll.. Tapi pernah ke korang terfikir, apa tujuan kita bersahur?
Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Yang membezakan puasa kita dan puasa Nasrani ialah makan sahur.' -Riwayat Tirmidhiy.
3. BERPUASA
4. SEGERA BERBUKA
RasululLah s.a.w bersabda: Sentiasalah seorang itu berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan berbuka puasa. -Sahih Bukhariy
Sebelum berbuka, biasanya kita menyediakan bermacam jenis juadah n lauk pauk, tambahan lagi makanan di bazaar Ramadan, agihan masjid, bertukar-tukar pula dengan jiran, Wah, meriah betul.. Tapi selepas berbuka apa jadi? Adakah semua makanan tersebut dapat dihabiskan? Akhirnya semuanya dicampakkan ke dalam tong sampah dan perkara yang sama berlaku pada hari-hari yang berikutnya.. Ini menunjukkan sikap sombong n takbur n tak menghargai nikmat yang Allah S.W.T kurniakan.. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. 17:27
5. SOLAT TERAWIKH
6. BERSEDEKAH
7. MENJAMU MAKANAN
8. BACA AL-QUR'AN
9. CARI LAYLATUL QADR
10. I'TIKAF
Amala-amalan diatas dapat dilakukan bermula dengan sikap..
Allah berfirman dalam surah 13:11 >> ... seseungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum, sehingga ia mengubah apa yang ada di dalam dirinya ...
Sebenarnya sebahagian dari kita sendiri tak mahu mengubah pemikiran lama, masih lagi diwarisi adat kebiasaan yang dah sebati dalam kehidupan seharian, tak mahu berfikir dan membuat apa-apa perubahan. Hanya dengan berbekalkan ilmu yang ada dari kita celik mata, amalan-amalan tersebut memang dah lama dilakukan, bermodalkan itukah kita melakukan amalan? ramai diantara kita yang berpuasa ikut-ikutan n tak lebih dari menahan lapar n dahaga sahaja. Buktinya? Sebaik sahaja keluar dari Ramadan, dia kembali meneruskan tabiat lama n perangai buruknya. Latihan selama sebulan yang dilalui tak banyak yang menyumbang kepada perubahan. Even di sepuluh hari terakhir Ramadan, sikap dan gambaran negatif masih terus berleluasa.
Jadi, apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jika dia masih MENINGGALKAN SOLAT?
Apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jika dia masih TAK TUTUP AURAT n TAK RETI NAK COVER PUSAT?
Apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jika PARA COUPLE MESRA BERPIMPIN TANGAN SAMBIL MEMILIH JUADAH & PENGANAN?
Apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jika dia masih gemar menghabiskan waktu DI DEPAN TV MENONTON SIARAN YANG TIDAK MENAMBAHKAN ILMU n IMAN?
Bukan bermaksud puasa ini hanya dengan menahan lapar n dahaga sahaja.. Sepatutnya kita berlumba melakukan amalan sementelah diberi peluang menikmati Ramadan pada tahun ini yang mana tahun depan kelak kita tidak tahu samada masih berpeluang atau tidak..:( Semoga sekalian Muslim tidak meninggalkan waktu-waktu yang utama (10 hari yang terakhir) kerana ghairah dengan persediaan Hari Raya... Sesiapa yang mensia-siakan usaha mencari kebaikan di dalam bulan Ramadan, khususnya pada 10 hari terakhir itu seolah-olah ia telah mengenepikan kebaikan seluruhnya.....








6 comments:
:) nice post..it makes readers to think out of box..
Tak sabarnye nak puasa...(~^)
Err... tak boleh ke tgok tv time pose?
Brape lame dah kau tak blogging... Haha, err.. seingat aku, time Ramadon ni biase habiskn mase tgok dvd la.. Adoi...-_-'
Ala ckp banyak pun tak guna kalau diri sendiri pun tengok tv masa ramadan ye tak..
Ambil yang jernih, buang yang keruh :)
Post a Comment